Bagaimana Anda Dapat Menyelesaikan KADAR HUTANG Rumah Dengan Segera?

Luangkan Masa 5 Minit Untuk Tonton Video Di Bawah Sekarang!

MLTT-MRTT-MLTA-MRTA-TAKAFUL-INSURAN


Maksud MRTA / MRTT Vs MLTA / MLTT (Insurans / Takaful Pinjaman Perumahan)

1) MLTT – Mortgage Level Term Takaful
2) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
3) MLTA – Mortgage Level Term Assurance
4) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance

Perbezaannya adalah pada perkatan Takaful, Assurance, Level dan Reducing.

Takaful vs Assurance – “Takaful” adalah patuh syariah dan yang Assurance tidak patuh syariah kerana konvensional.

Level vs Reducing – “Level” bermaksud jumlah perlindungan berkadar rata atau sama di sepanjang tempoh perlindungan berkuatkuasa dan yang “Reducing” pula bermaksud jumlah perlindungan berkurang mengikut baki pinjaman di sepanjang tempoh perlindungan.

Celiknya rakyat Malaysia memandang sektor hartanah, atau kemampuan membeli rumah, ramai cenderung kepada MLTT. Masyarakat kini yang ingin membeli hartanah, sudah mempunyai kecenderungan untuk bertanya mengenai MLTT (Mortgage Level Term Takaful) sebagai alternatif kepada MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful).

Dalam industri Takaful, MLTT menggunakan pelan Takaful Keluarga sebagai pelan perlindungan pembiayaan perumahan / hartanah. Dan pelan ini menepati hukum syariah Islam.

Pinjaman perumahan adalah pinjaman jangkamasa panjang yang terdedah kepada risiko. Ianya perlu dilindungi takaful / insurans bagi mengelakkan waris / keluarga daripada dibebani hutang sekiranya sesuatu berlaku kepada peminjam.

Pihak bank biasanya akan menasihati peminjam untuk membeli polisi insuran / takaful tempoh gadaian janji berkurangan (Mortgage Reducing Term Assurance / Takaful atau MRTA / MRTT) dimana premium polisi ini dibayar secara premium tunggal dan biasanya akan dimasukkan ke dalam pinjaman perumahan. Pihak bank turut mengenakan faedah keatasnya.

Bank Negara TIDAK meletakkan syarat bahawa peminjam wajib membeli polisi MRTA /  MRTT hanya daripada pihak bank. Sekiranya peminjam merasakan ada pelan insuran / takaful yang lebih baik ditawarkan, maka peminjam boleh memilih pelan berkenaan dan kemudiannya membuat penyerahan dokumen hak mutlak (consignment letter) kepada pihak bank sebagai jaminan.

Kelebihan MLTA/MLTT berbanding MRTA / MRTT

1) Mempunyai nilai tunai (cash value) di mana apabila peminjam habis membayar pinjaman perumahan, peminjam bakal memiliki kedua-duanya iaitu rumah yang telah habis dibayar & polisi hayat. Sebaliknya, bagi MRTA/MRTT polisi akan tamat selepas pinjaman habis dibayar.

2) Insurans hayat MLTA/MLTT menawarkan dividen & bonus bagi setiap ringgit yang dicarum serta peningkatan nilai perlindungan. Berbeza dengan MRTA / MRTT, jika bayaran MRTA / MRTT dicampur kedalam pinjaman, peminjam akan dikenakan pula bayaran faedah sepanjang tempoh bayaran pinjaman tersebut.

3) Tidak perlu mengambil takaful  insurans hayat yang berlainan sekiranya ingin membuat pembiayaan semula (refinancing) atau sekiranya ingin menukar untuk perlindungan pinjaman rumah baru. Hanya perlu membuat penukaran penyerahan hak mutlak (reassignment). Jumlah caruman juga tidak berubah kecuali jika ingin membuat penambahan perlindungan mengikut nilai pinjaman yang baru.

4) Turut melindungi 36 penyakit kritikal dan pengecualian dari membayar premium sekiranya ditimpa salah 1 penyakit kritikal. Bukan setakat perlindungan kematian / hilang upaya kekal seperti yang ditawarkan oleh MRTA / MRTT.

5) Sekiranya berlaku kematian / hilang upaya kekal, hanya baki pinjaman dibayar kepada pihak bank dan selebihnya kepada peminjam atau waris manakala MRTA / MRTT seluruhnya kepada pihak bank.

6) Caruman yang lebih fleksibel dimana peminjam boleh memilih untuk mengambil perlindungan hayat, penyakit kritikal, perubatan, pelaburan atau lain-lain mengikut kemampuan masing-masing.

7) Mempunyai nilai tunai (cash value) yang boleh digunakan untuk menyelesaikan baki pinjaman sepenuhnya kepada pihak bank atau memendekkan lagi tempoh pembayaran pinjaman sambil mengekalkan perlindungan insuran / takaful hayat itu sendiri.






Konsultan kami akan menerangkan info & nasihat secara PERCUMA.

Pastikan maklumat yang diisi adalah betul sebelum menekan butang "Submit".

error: Content is protected !!
© 2019 - https://aia.ejen.my. All Rights Reserved.